PROGRAM SENAM ZIKIR 3.0
Â
PIBG SMK Dato’ Abu Bakar Baginda telah melancarkan program Senam Zikir 3.0 pada 1 April 2019. Program ini diadakan untuk membantu pihak sekolah melengkapkan prasarana sekolah. Program ini dijalankan selama sebulan. (1 – 30 April 2019) Inisiatif ini diambil oleh pihak PIBG berikutan pertambahan bilangan pelajar dan guru bagi menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sempurna. Jadi, dengan adanya kemudahan prasarana dan fasiliti yang sesuai, diharap masalah ketidakselesaan dan kekurangan fasiliti ini dapat dikurangkan sekaligus mewujudkan keadaan kondusif untuk semua warga sekolah.
Â
Â
Last Updated (Wednesday, 12 June 2019 03:59)
MAJLIS TILAWAH AL-QURANPada 13 April 2019 SMK DABB telah terpilih menjadi tuan rumah pertandingan MTQ Daerah Negeri Selangor. Alhamdulillah SMK DABB berjaya menjadi Johan kategori Tilawah Ren L dan Naib Johan Tilawah Men L    Last Updated (Sunday, 05 May 2019 05:13) PERTANDINGAN ROBOTIK DAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN 2018SMKDABB dan Elvira System Sdn. Bhd menjadi Hos bersama bagi menganjurkan Pertandingan Robotik dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2018. 8 September 2018 adalah hari pertandingan tersebut. Pertandingan ini bertujuan menguji kebijaksanaan dan kreativiti peserta dalam menyelesaikan masalah yang disediakan oleh pihak penganjur untuk dipilih ke pertandingan antarabangsa pada tahun hadapan. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan saintis dan jurutera yang mampu bersaing di peringkat global. Pelajar yang kreatif adalah pelajar yang sentiasa memiliki daya cipta terhadap sesuatu yang baru.
Last Updated (Tuesday, 16 April 2019 07:32) |
JALINAN ANTARABANGSA MADRASAH TSANAWIYAH NEGERI 3, JOMBANG JAWA TIMURPada 5 APRIL 2019, SMKDABB telah di kunjungi oleh delegasi Indonesia. Delegasi Indonesia ini terdiri daripada guru dan pelajar dari Madrasah Tsanawiyah, Jombang untuk melawat sekolah. dengan tujuan kedatangan delegasi Indonesia ini adalah untuk berkongsi dan melihat sendiri bagaimana program pembacaan dilakukan di sekolah SMKDABB Â
KESERONOKAN PELAJAR MADRASAH TSANAWIYAH MELIHAT PAMERAN DAN MENCUBA VIRTUAL REALITY YANG DI PAMERKAN DI DIGITAL HUB SMKDABB  Last Updated (Wednesday, 12 June 2019 03:58) PERASMIAN MIRC PERINGKAT KEBANGSAAN DAN DIGITAL MAKER HUB@CHAMPION SCHOOL SMKDABBPerasmian MIRC peringkat kebangsaan dan Digital Maker Hub@Champion School telah diadakan di Dewan Perdana SMK Dato' Abu Bakar Baginda pada 7 September, 2018. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadir adalah YAB Mohammed Hanipa bin Maidin (YAB Timbalan JPM merangkap ahli Parlimen Sepang), Tuan Mohamad Radzi bin Abdullah (Ketua Sektor Jaminan Kualiti, memangku Timbalan Pengarah JPN Selangor) dan Encik Mohd. Farid bin Zainal Abidin (Ketua Pengawai Eksekuti Elvira Systems Sdn. Bhd.) Menurut ucapan YAB Dato' Menteri Besar Selangor, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada SMKDABB yang dilantik dan dianugerahkan oleh pihak MDEC sebagai My Digital Maker @Champion School 2018. Pihak sekolah dijadikan Hub untuk menyebarluaskan budaya digital maker dalam kalangan murid, warga sekolah dan masyarakat sekitar. Semoga pihak sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranannya dengan baik dan berkesan.
Last Updated (Thursday, 13 September 2018 15:24) |