http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.png
Pengumuman

Peperiksaan Percubaan SPM

Peperiksaan Percubaan SPM mulai 27 Ogos 2018.




Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 34 guests online
Laman Utama
User Rating: / 0
PoorBest 

Pada 6 April 2016, satu bunyi loceng yang panjang kedengaran pada jam 9.25 pagi. Kelihatan semua murid-murid keluar daripada kelas dan berjalan pantas menuju ke padang.  Ada juga yang tidak bersungguh-sungguh untuk mengikuti arahan yang telah diberikan untuk latihan kebakaran.  Guru-guru kelihatan sama-sama memberi kerjasama mempastikan murid-murid segera kosongkan bangunan sekolah untuk menuju ke tapak perhimpunan di padang.

 

 

Setelah semua berkumpul mengikut kelas masing-masing, guru subjek melaporkan bilangan pelajar yang ada kepada penyelaras tingkatan dan seterusnya kepada ketua insiden Pn Norazrianti.  Pn Norazimah juga turut membantu supaya murid-murid bertenang dan mengawal keadaan pada masa itu.

Kemudian seramai 10 orang ahli bomba dari Balai Bomba Cyber Jaya telah memberi demonstrasi cara memadam api mengguna alat pemadam api yang telah dibekalkan oleh AJK Keselamatan.  Berdasarkan maklumat yang diberi oleh pihak bomba didapati murid-murid berjaya mengosongkan bangunan lebih kurang 3 minit dan merupakan terbaik setakat ini.

\

Walau bagaimanapun 4 orang murid yang telah disembunyikan oleh ajk keselamatan tidak ketahui oleh guru subjek 5C dan 5D, dengan ini laporan bilangan murid tidak tepat.

Semoga latihan akan datang guru dapat mengenalpasti ketiadaan murid-murid dan dapat mencapai KPI latihan kebakaran, insya Allah.

 

Last Updated (Friday, 08 April 2016 15:02)