http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_i.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_h.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_f.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_e.jpghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_b.png
Pengumuman

PENDAFTARAN TINGKATAN 1

29/12/2017- Pendaftaran tingkatan 1 30/12/2017- Ujian kemasukan KAA




Mesyuarat Guru

27/12/2017 - Mesyuarat Pengurusan 28/12/2017 - Mesyuarat Guru Masa: 8.30 pg Tempat: Bilik Wawasan




Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 41 guests online
Laman Utama
User Rating: / 0
PoorBest 

Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program PPDa bertujuan untuk melahirkan generasi bebas dadah melalui pelaksanaan ceramah dan pameran pendidikan pencegahan dadah dalam memastikan sekolah bebas daripada penyalahgunaan dadah. Ceramah ini telah disasarkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 untuk memastikan pencegahan dadah dapat dilakukan pada peringkat awalan kerana sukar bagi pihak berwajib untuk memulihkan mereka yang telah terjebak dengan dadah.

 

Ceramah telah disampaikan oleh En. Muhammad Firdaus bin Abu Talib dari AADK Daerah Sepang yang menerangkan apa itu dadah, kesan-kesan jika terlibat dengannya serta diselang-selikan dengan tayangan video agar pelajar dapat memahami kesan negatif daripada dadah. Sesi soal jawab bersama pelajar juga dijalankan untuk menilai kefahaman pelajar terhadap ceramah yang disampaikan.

.

Program ini juga diteruskan dengan pameran daripada bas pameran bergerak AADK di mana pelajar dan guru dapat melihat sendiri jenis-jenis dadah dan kesan daripada sudut kesihatan yang ditanggung oleh penagih dadah. Pameran ini dikhaskan untuk semua warga sekolah yang berkelapangan untuk melihat pameran dadah.

Last Updated (Wednesday, 03 August 2016 14:10)