http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.png
Pengumuman

Mesyuarat Agung PIBG

Semua ibu bapa dijemput hadir ke mesyuarat agung PIBG pada 19 Januari 2019 di Dewan Perdana.




Hari Graduasi Lepasan Tingkatan 5 2018

Pelajar lepasana tingkatan 5 2018 yang telah mendaftar ke Majlis Graduasi kali ke 10 akan berlangsung pada Sabtu bersamaan 20 April 2019. Hadir sebelum 7.30 pagi.




Senam Zikir 3.0

Majlis penutupan Senam Zikir 3.0 akan diadakan pada 27.4 2019. Jemputlah beramai-ramai memeriahkan lagi majlis tersebut




Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 18 guests online
Laman Utama
User Rating: / 0
PoorBest 

Kelab Guru 2018 telah mulai tahun ini dengan aktiviti kembara baginda iaitu 'jungle trekking' ke Sungai Lepoh, Hulu Langat pada 3 Februari, 2018.  Seramai 30 orang guru bersama keluarga masing-masing telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.  Aktiviti "jungle trekking' sudah tentunya tergolong dalam aktiviti yang paling mencabar serta menarik minat peserta yang menyertainya.

 

Pengalaman merasai debaran memasuki hutan dan menikmati perjalanan yang penuh dengan halangan mencabar selama dua jam ke kemuncak sememangnya menyimpan seribu satu kenangan yang tidak mudah luput daripada ingatan. Sepanjang perjalanan meredah hutan itu, macam-macam halangan berbahaya perlu diharungi seperti jalan sempit dan licin, pohon berduri selain cabaran perlu berpaut pada dahan-dahan dan kadang-kadang terpaksa merangkak untuk meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah semua selamat sampai ke kemuncak dan yang paling menarik dapat mandi manda air terjun yang jernih dan sejuk airnya.  Kepenatan mendaki bukit dan meredah hutan hilang terus bila melihat keindahan alam semula jadi.

Pengalaman yang indah ini tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan silahturahim dalam kalangan para peserta.  Semua peserta sampai ke kem lebih kurang jam 2.00 petang dengan selamatnya, Alhamdulillah.  Terima kasih diucapkan kepada En Syukri, pengerusi kelab guru dan ajk yang telah mengadakan ini.

Last Updated (Friday, 09 February 2018 02:33)