http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.png
Pengumuman

Peperiksaan Percubaan SPM

Peperiksaan Percubaan SPM mulai 27 Ogos 2018.




Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 16 guests online
Laman Utama
User Rating: / 0
PoorBest 

Perasmian MIRC peringkat kebangsaan dan Digital Maker Hub@Champion School telah diadakan di Dewan Perdana SMK Dato' Abu Bakar Baginda pada 7 September, 2018. Majlis telah dirasmikan  oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, YAB Dato' Menteri Besar Selangor.  Turut hadir adalah  YAB Mohammed Hanipa bin Maidin (YAB Timbalan JPM merangkap ahli Parlimen Sepang), Tuan Mohamad Radzi bin Abdullah (Ketua Sektor Jaminan Kualiti, memangku Timbalan Pengarah JPN Selangor) dan Encik Mohd. Farid bin Zainal Abidin (Ketua Pengawai Eksekuti Elvira Systems Sdn. Bhd.) Menurut ucapan YAB Dato' Menteri Besar Selangor, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada SMKDABB yang dilantik dan dianugerahkan oleh pihak MDEC sebagai My Digital Maker @Champion School 2018. Pihak sekolah dijadikan Hub untuk menyebarluaskan budaya digital maker dalam kalangan murid, warga sekolah dan masyarakat sekitar. Semoga pihak sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranannya dengan baik dan berkesan.


Suasana upacara perasmian di dalam Dewan Perdana

Perasmian Digital Maker Hub@ Champion School

Bengkel penyediaan robot untuk pertandingan

 

Terima kasih diucapkan kepada YAB Tuan Amirudin bin Shari, YAB Dato' Menteri Besar Selangor yang sudi meruangkan masa merasmikan majlis tersebut.  Terima kasih juga kepada pihak KPM, JPNS, BTPNS, PPD, PKG, MDEC dan juga Elvira Sdn. Bhd yang memberi kepercayaan dan peluang kepada SMKDABB untuk melaksanakan MIRC peringkat kebangsaan.

 

Last Updated (Thursday, 13 September 2018 15:24)