PERTANDINGAN ROBOTIK DAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
SMKDABB dan Elvira System Sdn. Bhd menjadi Hos bersama bagi menganjurkan Pertandingan Robotik dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2018. 8 September 2018 adalah hari pertandingan tersebut. Pertandingan ini bertujuan menguji kebijaksanaan dan kreativiti peserta dalam menyelesaikan masalah yang disediakan oleh pihak penganjur untuk dipilih ke pertandingan antarabangsa pada tahun hadapan. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan saintis dan jurutera yang mampu bersaing di peringkat global. Pelajar yang kreatif adalah pelajar yang sentiasa memiliki daya cipta terhadap sesuatu yang baru.
Suasana di hari pertandingan
Microbit League Soccer
Guru-guru yang komited pada hari tersebut
SMKDABB berjaya menjadi johan dalam pertandingan microbit League Soccer SMK
Johan Escape from Alcatraz SMK dan Microbit League Soccer SRK
Berikut adalah keputusan Pertandingan Robotik dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2018:
Microbit League Soccer SMK
Johan: SMK Dato' Abu Bakar Baginda
Naib Johan: Maahad Integrasi Tahfiz Ilmuwan A
Ketiga: Maahad Integrasi Tahfiz Ilmuwan C
Microbit League Soccer SRK
Johan: SK Sikamat, Negeri Sembilan
Naib Johan: SK Dengkil, Selangor
Ketiga: SK Sg Lerek, Terengganu
Escape from Alcatraz SMK
Johan:SMJKLKChi Wen, Bahau, Negeri Sembilan
Naib Johan: SMK Tunku Besar Burhanuddin
Ketiga: Malay College Kuala Kangsar
Escape from Alcatraz SRK
Johan:SK Dengkil
Naib Johan: SK Sg Lerek, Terengganu
Ketiga: SK Sikamat, Negeri Sembilan
< Prev | Next > |
---|
Last Updated (Tuesday, 16 April 2019 07:32)