http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.png
Pengumuman

Peperiksaan Percubaan SPM

Peperiksaan Percubaan SPM mulai 27 Ogos 2018.




Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 6 guests online
Laman Utama

 

Pada 7 Ogos 2010 lebih kurang 2000 orang termasuk pelajar, guru-guru dan masyarakat luar telah memeriahkan Karnival PIBG yang diadakan di Sek. Men. Keb. Dato’ Abu Bakar Baginda.

Dengan tema “Mesra bersama Komuniti’’, Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sek. Men. Keb. Dato’ Abu Bakar Baginda ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Marsum bin Paing, Adun bahagian Dengkil. Beliau yang turut merasmikan Tabung Dana PIBG, melahirkan rasa bangga terhadap guru-guru di sekolah ini kerana telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini, walau pun sekolah baru 7 bulan ditubuhkan.

 

 Perasmian Karnival PIBG oleh YB Dato' Marsum bin Paing, Adun Bahagian Dengkil

 

 Terdapat lebih 20 gerai jualan dan 3 tapak pameran. Gerai-gerai tersebut adalah gerai-gerai jualan makanan dan minuman yang diuruskan oleh guru dan pelajar, jualan pakaian, jualan buku, pameran dari Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan dan Pameran dari Score A. Terdapat beberapa aktiviti lain yang berlangsung seperti menunggang padi, pertandingan mewarna, rumah hantu, rumah sesat, permainan, permintaan lagu, timbang bola takraw paling lama dan paling istimewa, cabutan bertuah.

  Lawatan ke tapak jualan oleh Pengerusi PIBG                               Pertandingan Melukis

 

  Gerai Minuman Kelas 1 Lestari                                                        Gerai Burger Pelajar-Pelajar Tingkatan 4

 

   Menunggang Kuda padi di Padang SMKDABB                                 Gerai Kelab Guru, Ayam Goreng Berempah

Sambutan yang diberi oleh warga SMKDABB dan masyarakat adalah sangat menggalakkan.  Diharapkan pada penganjuran akan datang, lebih ramai lagi masyarakat luar akan datang untuk memberi sokongan dan tidak secara langsung merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dengan warga SMKDABB. Terima kasih dan tahniah untuk semua.

 

 

 

Last Updated (Friday, 13 August 2010 13:20)