http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_i.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_h.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_f.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_e.jpghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_b.png
Pengumuman

Kokurikulum

Minggu hadapan adalah minggu terakhir perjumpaan kelab dan persatuan untuk tahun ini.




Peperiksaan Percubaan

PT3 mulai 14 Ogos SPM mulai 27 Ogos




Peperiksaan Pertengahan Tahun

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 34 guests online
Laman Utama
User Rating: / 0
PoorBest 

         Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuanpenambahbaikan berterusan. Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut: 

·         Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

·         Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

·         KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

·         Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

 

Download untuk dapatkan instrumen SGM offline

 

Last Updated (Sunday, 30 January 2011 10:37)