http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.png
Mutiara Kata

Pengumuman

Mesyuarat Agung PIBG

Semua ibu bapa dijemput hadir ke mesyuarat agung PIBG pada 19 Januari 2019 di Dewan Perdana.




Hari Graduasi Lepasan Tingkatan 5 2018

Pelajar lepasana tingkatan 5 2018 yang telah mendaftar ke Majlis Graduasi kali ke 10 akan berlangsung pada Sabtu bersamaan 20 April 2019. Hadir sebelum 7.30 pagi.




Senam Zikir 3.0

Majlis penutupan Senam Zikir 3.0 akan diadakan pada 27.4 2019. Jemputlah beramai-ramai memeriahkan lagi majlis tersebut




Masa Itu Emas

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 27 guests online
Laman Utama

Pada 4 dan 11 Mei telah berlangsungnya Karnival Sukan dan Permainan peringkat sekolah.  Pelbagai pertandingan telah diadakan mengikut rumah sukan antaranya ping pong, badminton, sepak takraw, bola jaring, bola tampar, bola keranjang, catur dan bola sepak.

 

 

   

 

Semua acara berlangsung serentak di padang sekolah untuk acara bola baling, bola sepak, bola tampar, bola jaring dan bola keranjang.  Manakala acara ping pong telah diadakan di Galeri Kokurikulum dan acara badminton serta sepak takraw di Dewan Perdana.  Acara catur telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah.  Semua peserta bermain dengan penuh semangat untuk memperjuangkan rumah masing-masing.  Tahniah untuk semua!!!

 

 

Last Updated (Sunday, 22 May 2011 04:08)

Read more...

 

Latihan Keselamatan Kebakaran telah diadakan pada 7 April 2011.  Sebelum latihan ini En Samirin b Patijan, Pegawai Latihan Bomba Cyberjaya telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan kebakaran dan langkah-langkah mengatasinya di dewan Perdana SMKDABB. 

Pada pukul 9.20 pagi, loceng kecemasan telah dibunyikan.  En Muhammad Yunus b Muhsin telah menelefon bomba Cyberjaya mengenai latihan kebakaran tersebut. Semua warga SMKDABB bergegas turun mengikut laluan kecemasan dan terus ke padang sekolah.  Pn Tengku Azraq bt Tengku Ismail selaku ketua Insiden telah mengumpul maklumat daripada setiap guru kelas mengenai bilangan pelajar-pelajar yang ada.  En Samirin memberi taklimat kepada semua warga SMKDABB mengenai masa yang patut dan telah diambil untuk sampai ke padang sekolah.

 

Last Updated (Tuesday, 19 April 2011 09:19)

Read more...

 

Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sepang telah diadakan pada 25 Rabiul Akhir 1432H bersamaan 30 Mac 2011 di SMKDABB.  Tema majlis yang dianjurkan oleh PPD Sepang kali ini adalah 'Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji'.

Sebanyak 35  buah sekolah telah mendaftar untuk pelbagai acara.  Semua acara bermula pada pukul 8.00 pagi di tempat yang telah ditentukan.  Acara-acara yang telah diadakan adalah seperti berikut:

  • Nasyid (Menengah) di Dewan Perdana SMKDABB
  • Naysid (Rendah) di Surau
  • Tilawah (Menengah) di Bilik Sejarah
  • Tilawah (Rendah) di Bilik Tayangan, PSS
  • Hafazan (Menengah)¬†Bilik Komputer
  • Hafazan (Rendah) di¬†Bilik¬†Jahitan¬†
  • Syarahan (Menengah) di Bilik Multimedia PSS
  • Bercerita (Rendah) di ruang legar PSS

 

Kumpulan Nasyid daripada SMKDABB

Last Updated (Friday, 08 April 2011 11:26)

Read more...

 

Pelancaran Bulan Sains & Matematik telah diadakan pada 4 April 2011 pada pukul 8.00 pagi, di Dewan Perdana SMKDABB.  Pn Hjh Hamidah bt Said telah merasmikan majlis pelancaran ini dengan bertemakan  'Pemanasan Global'.

 

  • Pelajar-pelajar sedang menggosokkan kedua-dua tangan bagi¬† menghasilkan kesan kepanasan.¬†Manakala ¬†Pn Hjh Hamidah pula memulakan upacara perasmian.

Last Updated (Saturday, 09 April 2011 14:08)

Read more...

 
User Rating: / 1
PoorBest 

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-2 untuk sesi 2011/2012 telah berlangsung pada 26 Mac 2011 di Dewan Perdana SMKDABB. Antara yang hadir pada hari tersebut adalah Ybhg Datin Sri Azlina bt. Ahmad, Encik Alias, wakil PPD Sepang, Prof Wan Mohtar, Yg di pertua PIBG dan para ibu bapa. Ybhg Datin Sri Azlina bt. Ahmad telah merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-2.

 

Last Updated (Sunday, 27 March 2011 11:15)

Read more...