http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_i.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_h.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_f.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_e.jpghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_b.png
Mutiara Kata

Pengumuman

Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang

Esok adalah hari penjurian pengurusan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan. Sama-sama kita doakan semoga kejayaan milik kita, insya Allah.




Masa Itu Emas

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Peperiksaan Akhir Tahun Ting. 4, 2017

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 40 guests online
Laman Utama

Tuan Hasyim bin Saryani @ Md Noh telah merasmikan pelancaran Bulan Sains dan Matematik pada 4 April 2016 di dewan dengan tema "Sains dan Matematik Penjana Inovasi".  Melalui Bulan Sains dan Matematik ini diharapkan dapat melahirkan murid-murid yang berkeyakinan untuk berdaya maju dan berdaya saing, mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara murid dan guru serta dapat mengetengahkan bakat terpendam yang dimiliki oleh murid-murid.

Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:57)

Read more...

 

Program Latih Amal telah diadakan pada 22 dan 24 Mac yang lepas. Program ini adalah aktiviti tahunan yag dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam khusus bagi semua pelajar Tingkatan 1. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memantapkan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) terutama dari segi amali. Fasilitator yang terlibat adalah di kalangan para pelajar Institut Pendidikan Guru (Kampus Pendidikan Islam) Bangi.

Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:54)

Read more...

 

Pada 9 Mac 2016, sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia telah dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa. Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, Bulan akan berupaya menutupi Matahari dan akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Last Updated (Wednesday, 30 March 2016 07:10)

Read more...

 

Dengan sukacitanya, dimaklumkan Timbalan YDP PIBG, En Abdul Jalil bin Saad telah melancarkan Program Senam Zikir II pada 25 Mac 2016. Program ini diadakan untuk mengumpul dana dan kewangan PIBG bagi membiayai pendingin hawa dewan sekolah, program kecemerlangan dan kebajikan pelajar.  Selain itu dapat juga digunakan untuk menambah prasarana sekolah dan membiayai penyelenggaraan sekolah.  Hal ini bersesuaian dengan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa serta komuniti dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif demi kecemerlangan pendidikan negara.

Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:54)

Read more...

 

Kejohanan merentas desa merupakan acara tahunan yang telah menjadi salah satu agenda dalam takwim Majlis Sukan Sekolah . Pertandingan ini adalah satu-satunya aktiviti yang mana semua warga sekolah akan melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakannya.

Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-7 telah diadakan pada 20 Februari 2016 (Sabtu) dan telah dirasmikan oleh Tn. Haji Effandi Nazila bin Abdullah, YDP PIBG.

 

Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:53)

Read more...