http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_i.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_h.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_f.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_e.jpghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_b.png
Mutiara Kata

Pengumuman

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Akan bermula mulai 14/5 hingga 1/6. Peperiksaan KKQ akan diadakan pada 4 Jun 2018.




Kokurikulum

Akan ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua warga SMKDABB.




Masa Itu Emas

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 4 guests online
Laman Utama
User Rating: / 2
PoorBest 

Program Senam Zikir telah berjaya mendapat kutipan melebihi jangkaan iaitu sebanyak RM 46358.60.  Tahniah kepada semua warga SMKDABB yang telah bersungguh-sungguh berkerjasama bagi mencapai kutipan yang di luar jangkaan ini.  Hasil kesungguhan semua guru menggalakkan murid-murid pada setiap perhimpunan pagi, juga serba sikit membantu dalam peningkatan kutipan tersebut.  Kemuncak program senam zikir telah diadakan pada 26 April 2014.

Last Updated (Monday, 25 August 2014 16:19)

Read more...

 

Acara merentas desa telah banyak kali ditangguhkan.  Pertama kali disebabkan smkdabb menjadi tuan rumah olahraga untuk daerah Sepang dan guru-guru terutama setiausaha sukan terlibat hingga ke peringkat negeri untuk latihan pusat.  Kedua disebabkan jerebu dengan bacaan IPU yang membahaya kesihatan.  Akhirnya pihak pengurusan telah bersetuju memilih 10 Mei 2014, hari sabtu untuk melaksanakan acara merentas desa.

Acara merentas desa kali ke-5 ini telah dilancarkan oleh YDP PIBG, Encik Affandi Nazila bin Abdullah.

Last Updated (Thursday, 05 June 2014 15:22)

Read more...

 

Kejohanan catur MSS Selangor telah berlangsung pada 10 -13 Februari 2014 di Dewan Konvensyen Keris Mas , Universiti Kebangsaan Malaysia . Daerah Sepang telah menghantar seramai 10 orang pegawai dan 24 pemain . Daerah Sepang telah mendapat tempat kelima secara keseluruhan dalam kejohanan tersebut .

Seramai 4 orang pemain daripada daerah Sepang iaitu Seri Aisyah bt Che Hassan (P18) , Mohammad Hafidz Zulkhairi b Hafizin (L18), Gan Wen Shen (L18 ) Mukhriez Shah b Mahmood Shah ( L12) telah melayakkan diri untuk ke MSSM mewakili Selangor yang akan berlangsung pada 23 ‚Äď 28 Mac 2014 di Sarawak .

Tahniah kepada pemain daripada SMKDABB dan guru pembimbing yang terlibat


Last Updated (Thursday, 13 March 2014 05:44)

 
User Rating: / 3
PoorBest 

Ceramah tersebut telah diadakan pada 10 Mac 2014 di Dewan Perdana SMKDABB.  Encik Kusaini bin Hamidon , Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Sepang telah menyampaikan ceramah tersebut. Murid-murid telah didedahkan tentang bahaya nyamuk aedes, tempat-tempat pembiakan nyamuk, cara-cara mengawal denggi, simptom demam denggi dan rawatan demam denggi melalui ceramah dan sesi soal jawab.  Murid-murid yang menjawab telah diberi cenderahati.

 

Last Updated (Sunday, 09 November 2014 15:26)

Read more...

 

Buat kali pertama SMK Dato' Abu Bakar Baginda telah dikunjungi oleh rombongan pensyarah dan mahasiswa dari Universitas of Makasar, Indonesia pada 23 Januari 2014.   Mahasiswa-mahasiswa tersebut sedang mengambil master dalam pengawasan.  Tujuan utama rombongan tersebut untuk mengetahui cara pengurusan sekolah harian ditadbir.

Last Updated (Monday, 27 January 2014 15:04)

Read more...