http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_i.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_h.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_f.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_e.jpghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_b.png
Mutiara Kata

Pengumuman

Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang

Esok adalah hari penjurian pengurusan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan. Sama-sama kita doakan semoga kejayaan milik kita, insya Allah.




Masa Itu Emas

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Peperiksaan Akhir Tahun Ting. 4, 2017

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 61 guests online
Laman Utama
User Rating: / 20
PoorBest 

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. 

Last Updated (Sunday, 30 January 2011 10:39)

Read more...

 

         Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuanpenambahbaikan berterusan. Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut: 

Last Updated (Sunday, 30 January 2011 10:37)

Read more...

 

 

Program Komuniti UCTI telah diadakan pada 3 hb hingga 4 hb Julai baru-baru ini. Program ini adalah salah satu Projek Sekolah Angkat UCTI. Warga SMKDABB meluahkan perasaan gembira atas segala yang dilaksanakan oleh UCTI untuk sekolah ini. Sepanjang dua hari program tersebut dijalankan, pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan.   

 

Hari pertama diadakan Program Adik Angkat antara pelajar UCTI yang kebanyakannya berasal dari luar negara dengan pelajar-pelajar tingkatan 4 SMKDABB. Selain itu, Program Intensif Bahasa Inggeris turut diadakan untuk membantu pelajar SMKDABB bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan penuh keyakinan. Sebagai pengisian rohani, Kuliah Maghrib diadakan selepas para peserta menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Pada sebelah malamnya, slot Mengenali Potensi Diri dan 'Team Building' diadakan. Slot ini membantu pelajar meningkatkan semangat bekerjasama secara berkumpulan. Pada hari pertama, program diakhiri dengan aktiviti 'Night Walk'.

Read more...

 

 

Pada 7 Ogos 2010 lebih kurang 2000 orang termasuk pelajar, guru-guru dan masyarakat luar telah memeriahkan Karnival PIBG yang diadakan di Sek. Men. Keb. Dato’ Abu Bakar Baginda.

Dengan tema “Mesra bersama Komuniti’’, Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sek. Men. Keb. Dato’ Abu Bakar Baginda ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Marsum bin Paing, Adun bahagian Dengkil. Beliau yang turut merasmikan Tabung Dana PIBG, melahirkan rasa bangga terhadap guru-guru di sekolah ini kerana telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini, walau pun sekolah baru 7 bulan ditubuhkan.

 

 Perasmian Karnival PIBG oleh YB Dato' Marsum bin Paing, Adun Bahagian Dengkil

Last Updated (Friday, 13 August 2010 13:20)

Read more...