User Rating: / 0
PoorBest 

Buat kali pertama Majlis Graduasi telah diadakan selepas keputusan SPM diumumkan.  Majlis telah diadakan di Dewan Perdana SMK Dato Abu Bakar pada 1 April, 2017 mulai jam 8.00 pagi.  Datin Zaliah bt Ismail, pengetua pertama SMKDABB telah sudi hadir pada majlis tersebut.

Seramai 80 orang pelajar telah hadir untuk sama-sama meraikan Majlis Graduasi kali ini.  Antara persembahan yang disediakan adalah pertunjukan multimedia, 'choral speaking', dan nyanyian daripada pelajar SPM 2016.  Selain itu diadakan sesi fotografi mengikut kelas bersama para pentadbir.

Pelajar terbaik untuk SPM 2016, Aishah bt Badrul Azmi.

 

Semoga semua pelajar yang telah berjaya dalam SPM dapat menyambung belajar di institusi pendidikan awam atau swasta dan berjaya dalam apa jua yang diceburi, insyallah.

Last Updated (Monday, 14 August 2017 14:57)