http://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_b.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_i.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_h.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_f.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_e.jpghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_d.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_c.pnghttp://smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_b.png
Pengumuman

SPM, 2017

SPM 2017 akan bermula pada 6 November 2017. Semoga murid-murid SMKDABB beroleh keputusan cemerlang dalam SPM, insya Allah.




Pentaksiran Akhir Tahun Ting. 2

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 12 guests online
Laman Utama Info SMKDABB Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Baginda terletak di antara Institut Pendidikan Guru Kampus Pengajian Islam dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). SMK Dato’ Abu Bakar Baginda menerima pelajar-pelajar yang tinggal di sekitar Sungai Merab dan Bandar Baru Bangi. Sekolah yang dibina atas tapak seluas 5 ekar ini terdiri daripada 1 blok pentadbiran, 2 blok akademik, 1 blok makmal sains tulen, 1 blok bengkel kemahiran Hidup dan Makmal komputer, 1 blok yang mengandungi surau, bilik bahasa, bilik Matematik, bilik Pendidikan Seni Visual, bilik Muzik, 1 blok kantin, 1 blok dewan dan 1 blok galeri kokurikulum.

SMK Dato’ Abu Bakar Baginda mula menerima pelajar-pelajar sulungnya pada 4 Januari 2010. Pada awal penubuhan, sekolah ini telah menerima enrolmen pelajar seramai 523 orang dan 52 orang guru. Terdapat 14 buah kelas tingkatan satu, 4 buah kelas tingkatan dua, 2 buah kelas tingkatan 4 dan dua kelas pendidikan khas.

Datin Hjh Zaliah bt Ismail (30.12.2009 - 1.11.2010)

Bersama mandat dan amanah yang diberikan, Datin Hajah Zaliah Ismail telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memegang jawatan orang paling penting iaitu sebagai peneraju utama sekolah dengan portfolio sebagai Pengetua Pertama SMKDABB. Beliau sebelum ini merupakan bekas penolong kanan Sekolah Seri Puteri. Turut menerajui tampuk pentadbiran sekolah ialah Puan Hamidah Said, selaku Penolong Kanan 1, Encik Saari bin Mamat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Ustaz Hasan Hamidi bin Benu selaku Penolong Kanan Kokurikulum.

Dalam masa 6 bulan penubuhannya, SMK Dato’ Abu Bakar Baginda di bawah pimpinan Datin Hjh Zaliah telah berjaya menyediakan visi dan misi, logo, lagu dan bendera sekolah. Berbagai aktiviti telah dapat dijalankan di antaranya ialah solat hajat bersama ibu bapa, merentas desa, sambutan maulidur rasul, minggu bahasa, minggu sains dan matematik, penubuhan jawatankuasa PIBG, Program kecemerlangan pelajar bersama Dato’ Fazilah Kamsah, Program bersama UCTI dan sebagainya.

Pn Hjh Khatijah bt Kunji Maraikar (17.01.2011 - 27.07.2012)

Pn Hjh Khatijah bt Kunji Maraikar adalah pengetua kedua SMKDABB. Mula dilantik pada 17/1/2011 sehingga 27/7/2012.  Beliau adalah bekas Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Cyber Jaya. Selain meneruskan aktiviti yang telah dilakukan semasa pimpinan Datin Hjh  Zaliah, banyak pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau antaranya perubahan di pejabat, mempastikan ceiling dewan dapat dibaiki oleh pihak kontraktor, membaiki tandas-tandas yang rosak, menyediakan meja banquet untuk kegunaan di dewan atau pusat  sumber dan sebagainya.  Lagu sekolah juga dapat disediakanpada bulan Mei, 2012. Selain itu Hari Graduasi kali pertama juga telah diadakan.


Pn Hjh Hamidah bt Said

Pn Hamidah binti Said adalah PK Pentadbiran semasa memangku jawatan pengetua selepas Pn Hjh Khatijah binti Kunji Maraikar bersara.  Beliau telah dilantik menjadi pengetua pada minggu  terakhir sesi persekolahan 2012.  Semasa perkhidmatan beliau,  Pn Hamidah telah berjaya mendapat bantuan untuk membaiki galeri kokurikulum, memasang pagar bola keranjang dan membaiki lantai makmal sains.  Selain itu dengan bantuan PK HEM, Pn Hjh Khairiah masalah ponteng dan disiplin bertambah baik.  Sekolah juga telah berjaya menjadi johan PLC peringkat kebangsaan.

 

Di bawah pimpinan beliau juga sekolah telah dicalonkan untuk mendapat baiah .  Selain itu juga sekolah mendapat naib johan untuk Anugerah kurikulum, Anugerah SKPM terbaik, Anugerah Pusat Sumber dan Anugerah Lonjakan Saujana pada tahun 2015 semasa Majlis Apresiasi Daerah Sepang.


 

Tn Hashim bin Saryani @Md Noh

Tn Hashim bin Saryani adalah PK Kokurikulim dari SMK Seri Selayang sebelum lantik sebagai pengetua ke-4 di SMK Dato' Abu Bakar Baginda.  Semasa pimpinan beliau, sekolah telah berjaya mendapat anugerah musolla Imarah peringkat negeri dan kebangsaan.  Selain itu pusat sumber baitul hikmah juga berjaya dianugerahkan pengurusan pusat sumber peringkat negeri dan kebangsaan dan band 5 ssqs.  Semoga prestasi sekolah terus cemerlang, walaupun pentadbiran berubah, insya Allah.