- Error
CHAMPION SCHOOL 2018 #mydigitalmaker
Tahniah, SMKDABB terpilih sebagai #mydigitalmaker CHAMPION SCHOOL 2018. Majlis penyerahan sijil disampaikan oleh KPPM Dato' Dr. Amin Bin Senin kepada semua guru dan pentadbir sekolah yang layak. Melalui My Digital Maker, MDEC dan KPM menggalakkan para pelakjar untuk mula menggunakan teknologi dalam menghasilkan sesuatu tidak kira dari segi perisian mahupun perkakasan. Pada masa yang sama juga, KPM dan MDEC turut berkongsi mengatakan pembelajaran bermula tahun 2017 di sekolah rendah dan menengah akan mula mengintegrasikan pembelajaran Sains Komputer. Untuk peringkat sekolah rendah, ia akan diintegrasikan pada matapelajaran sedia ada seperti matematik dan sains, sementara untuk peringkat sekolah menengah ia akan ditawarkan dalam bentuk mata pelajaran khusus Sains Komputer.
Â
Last Updated (Monday, 16 July 2018 16:08)
LAWATAN PENANDAARASAN KE SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, KUCHING, SARAWAKSeramai 14 orang guru sains dan matematik telah membuat lawatan penandaarasan ke SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak pada 13 April 2018. STAR telah mendapat Johan tandas terbersih Kebangsaan pada tahun 2015 dan Johan kebangsaan 3K pada tahun 2016. Antara tempat yang di lawati selain tandas adalah bilik STEM, bilik sumbangan British Council, pusat sumber, surau, kantin dan bilik-bilik darjah.
 Last Updated (Wednesday, 02 May 2018 13:28) KEM ROBOTIK (MICROBIT)"Robotik Menjana Minda Positif" 12 April 2018 telah diadakan Kem Robotik (Microbit) dengan kerjasama syarikat Elvira System Sdn. Bhd bertempat di makmal Al-Zarqali 2. Seramai 30 orang pelajar DLP telah melibatkan diri sebagai peserta kem ini. Kem Robotik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengasah bakat dan minat murid dalam membentuk pemikiran murid ke arah kreatif dan berinovatif.
Last Updated (Wednesday, 18 April 2018 14:43) |
LAWATAN DARIPADA MDECPada tarikh 17 April 2018, dua orang pegawai daripada MDEC telah meluangkan masa hadir ke SMKDABB untuk membuat lawatan ke makmal Al-Zarqali 1. Pegawai tersebut ialah Pn Farah dan Pn. Aqilah. Kehadiran mereka juga diiringi oleh pegaiwai PKG Sg Pelek, En. Effendi dan pegawai ICT daripada PPD Sepang iaitu En. Rosli. Pihak SMKDABB sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak luar. Semoga dengan kehadiran pihak MDEC, SMKDABB bakal mencipta sejarah di masa akan datang, Insya Allah.
Last Updated (Thursday, 19 April 2018 00:05) KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 9Pada 7 April yang lalu, SMK Dato' Abu Bakar Baginda telah berjaya mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-9 yang berlangsung di Inspen, Putrajaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sepang, Tn Haji Helmy bin Arshad. Tn. Haji Effandi Nazila bin Abdullah, YDP PIBG SMKDABB juga turut hadir.
Last Updated (Saturday, 12 May 2018 14:05) |