- Error
Majlis Penutupan Senam Zikir II Dan Karnival PIBG
Syukur kepada Allah s.w.t pada tanggal 30 April 2016 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penutupan Senam Zikir II dan Karnival PIBG dengan jayanya. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Shahrum Bin Dato Hj Mohd Sharif (ADUN Kawasan Dengkil). Beliau juga telah berbesar hati untuk menyumbang sebanyak RM 5000 untuk sekolah bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk memasang pendingin hawa di Dewan Perdana. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Shahrum atas keprihatinan beliau terhadap keperluan sekolah.
Last Updated (Friday, 20 May 2016 04:31)
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik kali ke-5YB Senator Hajah Azizah binti Haji Harun, Ketua Wanita UMNO Sepang telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik kali ke 5 di Dewan Perdana, SMK Dato Abu Bakar Baginda. Â Melalui teks ucapan, beliau berharap pelajar harus proaktif untuk menguasai pelbagai kemahiran terutama yang berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi dan kecanggihan teknologi maklumat. Â Kejayaan dan kecemerlangan penerima anugerah ini juga perlu dijadikan teladan kepada pelajar-pelajar lain kerana kejayaan tidak datang bergolek tetapi memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Â Selain itu beliau juga turut menyumbang kepada pihak sekolah sebanyak RM 6000 untuk program kecemerlangan pelajar.
 Last Updated (Monday, 11 April 2016 13:57) Pelancaran bulan Sains dan MatematikTuan Hasyim bin Saryani @ Md Noh telah merasmikan pelancaran Bulan Sains dan Matematik pada 4 April 2016 di dewan dengan tema "Sains dan Matematik Penjana Inovasi".  Melalui Bulan Sains dan Matematik ini diharapkan dapat melahirkan murid-murid yang berkeyakinan untuk berdaya maju dan berdaya saing, mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara murid dan guru serta dapat mengetengahkan bakat terpendam yang dimiliki oleh murid-murid.
Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:57) |
Latihan KebakaranPada 6 April 2016, satu bunyi loceng yang panjang kedengaran pada jam 9.25 pagi. Kelihatan semua murid-murid keluar daripada kelas dan berjalan pantas menuju ke padang. Â Ada juga yang tidak bersungguh-sungguh untuk mengikuti arahan yang telah diberikan untuk latihan kebakaran. Â Guru-guru kelihatan sama-sama memberi kerjasama mempastikan murid-murid segera kosongkan bangunan sekolah untuk menuju ke tapak perhimpunan di padang.
 Last Updated (Friday, 08 April 2016 15:02) Program Latih AmalProgram Latih Amal telah diadakan pada 22 dan 24 Mac yang lepas. Program ini adalah aktiviti tahunan yag dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam khusus bagi semua pelajar Tingkatan 1. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memantapkan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) terutama dari segi amali. Fasilitator yang terlibat adalah di kalangan para pelajar Institut Pendidikan Guru (Kampus Pendidikan Islam) Bangi.
Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:54) |