- Error
Pelancaran Waqaf Pendingin Hawa di dewan
Dengan sukacitanya, dimaklumkan Timbalan YDP PIBG, En Abdul Jalil bin Saad telah melancarkan Program Senam Zikir II pada 25 Mac 2016. Program ini diadakan untuk mengumpul dana dan kewangan PIBG bagi membiayai pendingin hawa dewan sekolah, program kecemerlangan dan kebajikan pelajar. Â Selain itu dapat juga digunakan untuk menambah prasarana sekolah dan membiayai penyelenggaraan sekolah. Â Hal ini bersesuaian dengan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa serta komuniti dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif demi kecemerlangan pendidikan negara.
Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:54)
Solat Sunat Gerhana MatahariPada 9 Mac 2016, sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia telah dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa. Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, Bulan akan berupaya menutupi Matahari dan akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Last Updated (Wednesday, 30 March 2016 07:10) Pelancaran Bulan BahasaBulan Bahasa telah dilancarkan pada 29 Februari 2016 di Dewan Perdana oleh pengetua, Tuan Hasyim bin Saryani@Mohd Noh. Â Tema tahun ini adalah memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan di sepanjang bulan Mac ini iaitu: Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:53) |
Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-7/2016Kejohanan merentas desa merupakan acara tahunan yang telah menjadi salah satu agenda dalam takwim Majlis Sukan Sekolah . Pertandingan ini adalah satu-satunya aktiviti yang mana semua warga sekolah akan melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakannya. Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-7 telah diadakan pada 20 Februari 2016 (Sabtu) dan telah dirasmikan oleh Tn. Haji Effandi Nazila bin Abdullah, YDP PIBG.
 Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:53) Pelancaran Bulan Teknik & Vokasional kali ke-7Pelancaran BulanTeknik & Vokasional kali ke-7 telah diadakan pada 1 Februari 2016 dengan tema 'Merealisasikan Aspirasi Melalui Bidang Teknikal'.  Majlis dimulai dengan video kerjaya di bidang teknikal dan ucapan perasmian oleh Pn Roslinah bt Ab Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran.
Dewan mula riuh dengan gimik kemasukkan Cikgu Bakrileh (guru teknik & vokasional) yang membawa 'password' untuk melancarkan bulan teknik dan vokasional bersama 2 orang murid yang melakonkan watak 'Stomp Trooper' dan 'Darth Vader' dalam 'star wars'. Last Updated (Tuesday, 05 April 2016 10:52) |